.:mY GrAdUaTiOn dAy:.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

.:mY cAt :: mUnY DaNieL:.

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Thursday 27 October 2011

Wanita...Diri Kita Tiada Duanya dan Tiada Tiganya...

Cantik 2 mmg penting tp tdak usahlah keterlaluan mementingkannya 
shingga membuat sesuatu yg salah di sisi agama...Ad org hingga xsanggup kluar dr rumah krana merasakn diri tdk cntik...Bg wanita, kecantikan adlah syarat hdup sempurna tp sebenarnya bg lelaki, wanita cantik bukan syarat kebahagiaan...
Lelaki yg mudah trpegun dgn kecntikan selalunya tdak setia...Bila pasangannya mula kelihatn tdak cantik, dia mudah beralih perasaan...Masa itu mungkin dia merasakan cintanya telah tawardn hanya akn manis kmbali bila lihat wanita-wanita cntik d sekelilingnya...
Wahai kaum hawa,jgnlah anda perangkap lelaki dgn kecantikan anda yg palsu...Ramai wanita menghiasi wajah secara keterlaluan hingga memangsakan rmai lelaki tp kamudiannya ditinggalkan stlah wjah sbnar trserlah..dah pasti la yg anda x mampu brsolek tebal 24JAM kn...Tp itulah yg dilakukan sesetengah wanita semasa berada dlam alam percintaan...btul x???Bila dh kahwin,tiba-tiba suami anda trkejut melihat anda tdaklah secantik sewaktu d alam percintaan dulu...haaa...mcm mna 2 kn...hm...Ad kajian mndapati sglintir lelaki rasa tertipu pd hari kedua prkhwinan....Pd hri kdua, dia dah dpat tgk wajah sbnaristerinya yg selama ni bertopengkan mekap tebal 'sepuluh inci'...hooo...
Kecantikan dn brcantik2 2 mmg pnting, tp jgn terlalu over smpai menenggelamkanwajah anda yg sbenar...biarlah natural beauty...Anda pstinya x nk org mengagumi anda hri ini dan esok melupakannya...Brhiaslah seadanya sekadar utk mnyerlahkan sdkit keserian wajah...Wajah yg berseri yg natural adlah lbh trkesan drpd 'wajah buatan'...Wajah yg berseri cukup dgan berhias sekadarnya shj...Kecantikan umpama kereta...Masa baru beli, reka bntuk dn wrnanya memukau tp semakin lama semakin hlang serinya...Org yg dahulunya beli kereta trsebut kerana cntik skarang mula brfikir utk menukarnya...
Jika anda tdak cantik, jgnlah brsusah hti kerana manusia adlah sebaik2 kejadian...Jgan bersusah hti juga krana x smua llaki memntingkan kecantikan wajah semata2 sbgai syarat berteman...Ad lelaki yg tdak ksah sama ada cntik atau tdak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pkerti serta pegangan agama yg mantap...Lelaki yg benar2 impikan kebahagiaan lbh mementingkan keperibadian drpd kecantikan, apalagi klu kecantikan luaran yg sengaja dibuat utk memukau...Ini kerana mereka tahu kecantikan itu x kekal kerana usia yg akn mengubahnya...Rasa cinta yg di pahatkan oleh hati yg jujur lg ikhlas menjamin kehidupan bahagia hingga ke hujungnya INSYAALLAH...
Sebaliknya, kecantikan yg trlalu diada-adakan akn berakhir dgn pertelingkahan apabila kcntikan sdah tdk dpt dipermodalkn..x ad mnusia yg bleh kekal muda kn3???Tiba masanya kecantikan akn hlang dn muda bertukar tua..Jika anda merasakan anda kurang cantik, itu hanya persepsi shja...Persepsi cntik x prnah sama antara seseorg dgn seseorg yg lain...Jgn lh mempertikai jika ad pasangan yg slah satunya kurg cntik kerana setiap org berbeza persepsinya...
Wanita, hiasi dri anda dgn keperibadian mulia krana itu lbh utama utk seseorg wanita..Hiasi juga diri anda seadanya kerana itu lumrahnya wanita utk berhias...Usah terlalu merawat wajah kerana nnti akan hilang identiti diri...Hargailah diri kerana andalah satu-satunya,tiada dua dan tiada tiganya...Hanya Anda!!

SELEMAH-LEMAH WANITA BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI DGN KEPERIBADIAN MULIA...:)

Sunday 23 October 2011

MUTIARA KATA 1

~ Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat



~ Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai




~ Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

~ Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya



~ Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik

~ Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan


~ Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

~ Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna


~ Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

~ Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


~ Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

~ Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera


~ Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

~Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

TANDA SAYANG TIDAK PERLU DISEBUT SELALU

          Kalau terlalu syg skali pun, jgn lah smpai hilang kwalan..Syg 2 d prlukan tp klu terlalu syg boleh buatkn kita slah tindakan..Wanita bila menyayangi, dia akn syg sungguh2..Lelaki pula bila menyayangi, dia masih smpan sbhgian dr sygnya untuk kegunaan-kegunaan semasa..Betul x wahai kaum Adam??Advantage nya adalah lelaki lebih tahu kawal prasaan apabila menyayangi sedangkan wanita pula sebaliknya..Inilah lumrah..
          Terlalu syg akn buat dtgnya mengada-ngada..Lelaki pling tdk brknan dgn mengada-ngada..Mreka mudah cair dgn kelembutan ttpi tdak dgn mengada-ngada..Sebagai wanita,kita perlu faham dn tahu bahawa kebanyakan  lelaki memang lemah dlm mempamerkn ksh syg tp x brmkna mreka xsyg..Maka, x prlulah ulang2 perkataan yg sama byk kali smpai timbul rasa bosan..
         Bagi wanita, cukup jika lelaki yg d sayangi meluahkn kata2 romantik semnggu skali, 2mggu skali atau sebulan sekali selama mana perbuatannya tdak manunjukkan yg dia sudah berubah..Kita mahukan kata2 yg jelas lahir dr hati bukan yg dituturkan setiap masa tp dtgnya hanya d bibir..Btul x wahai kaum hawa??Kita mahu dia cuma berlakon or jujur??Kita sndirilah yg mnentuknnya..
          Wanita yg mengada-ngada sgt mnyakitkn hti dn mnjengkelkn pd lelaki tp wanita yg lmah lmbut adlh menawan hati..Wanita yg lemah lmbut adlh wanita yg pndai mngambil hti dan memahami tp tdk brmkna sfat lmah lmbut itu bleh mmbuatkn kaum lelaki mudah mempermainknnya..Sifat yg lmah lmbut bleh buat laki yg garang dn ganas mnjdi lmah tp klu mengada-ngada pula akn buat laki yg pendiam jd singa..Bila prkataan ksih, syg, dn cnta kerap di ulang-ulang d telinga seseorang, indhnya akn hlang..Maka berpada-padalah..

Friday 21 October 2011

CINTA HALAL



Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa. Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa. Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta. Ia bukan ciptaan manusia, tp takdir yang kuasa. Janganlah kita mungkiri, segala yg Tuhan berikan kepada kita
"Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah
Itulah dia Cinta.."
"Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur..
"Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."
**AYAT DARI FILEM "KETIKA CINTA BERTASBIH (1)"***
Melayari kehidupan dunia bagaikan melayari ombak yg sentiasa tidak tenang, dengan tenggelam timbulnya pelbagai perasaan dan emosi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui kehebatan dugaan ini.
Terutama apabila dikaitkan dengan perasaan dan rasa cinta fitrah yg diciptakan Allah bersama-sama penciptaan kita di dunia ini, sama ada yg bakal dialami atau sedang dialami oleh sesiapa sahaja, terutama golongan remaja.
Pelbagai ragam disaksikan oleh seluruh dunia, akibat penangan cinta yg diibaratkan api menyala-nyala, yg mana lagi disimbah, lagi marak ia menyala.  Sehubungan itu, utk memadamkannya terus pasti sesuatu yg mustahil utk dilakukan.
Namun, jika ini fitrah dariNYA, maka yg pasti DIA tidak akan menzalimi hambaNYA, dan sudah pasti tersedia satu panduan pengawalan kepada fitrah ini.
Nyalaan api memang membahayakan jika dibiarkan, namun jika dikawal dgn baik, bahaya akan bertukar menjadi manfaat, seperti utk dijadikan bara memanaskan badan, atau untuk dijadikan tempat memanggang.
Apakah panduan yg DIA sediakan itu? Jawapannya adalah sunnah Rasulullah SAW yg amat menggalakkan perkahwinan.  Kerana hanya kahwin dapat membendung fitrah ini, cinta yg halal disebabkan satu ikatan suci.
Dalam mencari keredaanNYA, perjalanan utk mendapatkan cinta yg halal itu perlu diambil perhatian sebenar-benarnya agar tidak terpesong dek desakan dan hasutan Iblis dan konco-konconya dalam memperindahkan maksiat kpd Al-Khaliq SWT.
Oleh itu, di sini diberikan satu garis panduan dalam mendapat keredhaannya dalam menelusuri medan pencarian cinta yg halal, dengan berpandukan Ayat 235, Surah Al-Baqarah yg bermaksud :
"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."
Walaupun ayat ini, diturunkan bagi penerangan cara melamar dan mengahwini wanita yg masih dalam iddah (dari penceraian hidup atau mati), namun caranya masih boleh dipraktikkan dalam pencarian cinta halal yg diredhaiNYA sentiasa.
Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, dinyatakan langkah yg perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan mendapatkan cinta yg terbaik lagi halal, apabila seseorg lelaki berkenan kpd si dia (perempuan) sebagaimana dinyatakan dlm ayat di atas:
(1) Menyatakan perasaan melalui sindiran dgn kata2 kinayah/berlapik (tersirat) yg baik-baik
(2) Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya di kalangan org lain, tidak kepadanya secara jelas.
(3) Dilarang sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan perkataan yg tidak sepatutnya secara jelas dan boleh membawa kelalaian dan kemabukan cinta, seperti melafazkan (Aku Cinta Padamu, dan Aku berjanji akan berkahwin dgn mu), tetapi memadailah sekadar kata-kata kinayah/sindiran yg baik (antara sindiran yg baik, saya tertarik/minat dgn mu!) dan yang penting disusuli dengan pengetahuan wali/keluarga.
Daripada langkah yang disebut jelas oleh Allah SWT sebagai panduan, perlu ditekankan juga, segala-galanya juga perlu disandarkan dengan pergantungan kepadaNYA iaitu dengan ISTIKHARAH. Yangg pasti, tiadalah penyesalan/kekecewaan/putus asa bagi yg meminta petunjuk keputusan dariNYA.
Dinasihatkan dalam sebuah athar ;
Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)
Dengan mengikuti cara-cara yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan, dan dengan doa lengkap baginda ajarkan khas utk ummatnya, maka InsyaAllah di sana akan ada petunjuk terbaik.
Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusanNYA yg menentukan terbaik utk kita, kerana "Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yg BUKAN HAK manusia utk memikirkannya.."